SEARCHING AREA

Memuatkan ...

Rabu, 21 Disember 2011

RESEPI-AYAM MASAK LEMAK CILI API

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan
30 biji cili padi-kisar
5 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
3 batang serai
Ayam
2 biji kentang
½ santan
Garam

Cara-cara
Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan bahan-bahan yang dikisar, masukkan serai dan kacau srhingga sebati. Masukkan ayam dan masak sehingga empuk. Apabila mendidih, masukkan kentang dan kacau lagi. Selepas itu masukkan santan dan kacau, apabila mendidih lagi, masukkan garam dan masakkan sehingga rasa sebati. Sedia dihidang dengan nasi panas.

0 comments: