SEARCHING AREA

Memuatkan ...

Selasa, 13 Disember 2011

RESEPI-AISKRIM GORENG

AISKRIM GORENG

Bahan-bahan
Aiskrim
Cornflakes
Telur

Cara-cara
Keluarkan aiskrim dari peti ais, sendukkan aiskrim atau sudukan aiskrim ke dalam pinggan atau dulang, jika tidak dapat bentuk yang cantik pun tak apa, sebab nanti boleh bentukkannya semula. Kemudian, simpankan dan bekukannya dalam peti ais semula. Simpankannya dalam masa 2 atau 3 jam. Kemudian, keluarkan dan celupkan satu demi satu aiskrim tadi pada telur yang telah dipukul rata, kemudian salutkan aiskrim dengan cornflakes yang di kisar menjadi serbuk. Ulang lagi langkah tersebut sambil membentukkan aiskrim itu. Setelah itu, bekukannya semula. Bekukannya selama 2 atau 3 jam lagi. Goring pada suhu minyak yang panas. Gorengnya jangan terlalu lama, nanti aiskrim didalam cair. Selamat mencuba.

0 comments: