Salam jumaat semua!
Rumah dah sunyi, 2 hero Malaya dah balik kampung… huhu, sedih, aku gak sorang kat rumah ni nanti. Tak apalah, nak buat macam mana, nanti hari, jumpa lagi dengan dua hero yang aku sayang. Elok-elok je dorang takde, aku demam teruk, tapi still buat2 tabah… haha, kau mampu? Hehe
Tengah duk cuti-cuti, kawan aku, mira call, bagitau pasal seorang teman aku, dah nak kawin. Walawey, tahniah la, akhirnya kawin juga dia, nama dia saiful, panggil saif. Tapi sumpah nak gelak, aku tanya bila nikahnya, mira pun tak tau. Apakah? Aku pun decide nak call si beruang yang nak kawin tu, hehe, aku panggil dia beruang sbb bila kuar dgn dia, mesti dia ada wang nak belanja kitorg makan. Haha.. dan nama beruang tu mmg sesuai dgn dia.. hehe, makan apa saja, tu tredmark dia.
Aku call,
“hey kawan, nak kawin tak habaq mai kat sahabat nampak”
Then dia tanya
“sapa ni wei?”
Aku nak marah gak, kawan sendiri pn tak ingat
“adah lah wei, adah pelat!” huhu, dia panggil aku pelat sb aku mmg pelat r (whatever)
Dia terkejut.
“wei, bila kau keluar dr kubur? Mira cakap ko dah meninggal wei, sorry la aku tak dpt dtg kebumi ko dgn tahlil, nanti aku sedekah yasin utk ko”
Dalam sungguh gurau ko, dalam hati akulah
“bila plak aku mati?”
“bkn ko dah mati ke kawan?”
“mana adalah, aku hidup lagi, masih berpijak kat bumi tau, kalau mati, takkan aku call dan cakap dgn ko?”
Hahahaha, motifnya, takkan mayat nak bangkit semula pergi perkahwinan si Saif ni. Bengang gaklah. Selidik punya selidik, selongkar punya selongkar, si Saif ni tersalah dengar. Yang si Mira ni bagitau dia yg mak aku meninggal, yang si Saif ni ingat aku yang meninggal. Aiyo~ nampak sangat dah bertahun aku tak jumpa dengan ko kan Saif! Apa-pun tahniahlah Saif sebab nak nikah tahun 2012 nanti even belum tahu bila date nya..(dalam hati aku, siapalah pmpn malang tu,kahkah) hehe. nanti bila2 kita jumpa ye, bawak tunangnya sekali, bila jumpa nanti, dapat lah aku hempuk kau!
Lama gak sembang, last2 tu,
“buat membazir je air mata aku nangis untuk ko adah, tapi tak ninggal rupanya, nasib aku tak buat tahlil utk mu”
Menggong mung Saif!
0 comments:
Catat Ulasan